Kolej Mara Kulim, Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah Darulaman
RSS

SEJARAH

Sejarah KMK

Kolej Mara Kulim adalah sebuah institusi terunggul di utara Malaysia.
Kolej Mara berada di kawasan seluas 50 ekar di jalan Junjung Kulim Kedah, bersempadanan dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kira-kira 45 km dari Lapangan Terbang Bayan Lepas. Sekarang Kolej Mara Kulim sedang melaksanakan program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan FIST-UniKL

Sejarah Kelab

Kelab Keluarga Bahagia (KKB) ditubuhkan pada tahun 1993.Nama Kelab diberi oleh Encik Farouk bin Senan, Pengetua Kolej MARA Kulim pada ketika itu. Objektif utama kelab ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan silaturahim sesama kakitangan Kolej.pelbagai aktiviti diadakan antaranya lawatan sambil belajar semua kakitangan, majlis-majlis ilmu,jamuan makan pagi setiap hari dan pelbagai lagi aktiviti riadah ditempat-tempat perkelahan.
Bagi melancarkan perjalan Kelab ini, perlantikan AJL pengurusan dilantik secara undian untuk meneraju Kelab selama 2 tahun.Sepanjang 16 tahun ia ditubuhkan telah meyaksikan 5 orang Presiden telah dilantik dan berjaya melaksanakan tugas Presiden dengan jayanya.Antaranya adalah
  1. Tuan Haji Manap bin Hasyim
  2. Encik Yusri bin che Lah
  3. Encik Basri bin Hussin
  4. Encik Abu Ahmad bin Rahim
  5. Puan Siti Zubaidah binti Abu Bakar.
Setelah 16 tahun nama Kelab Keluarga Bahagia (KKB) digunapakai sebagai nama Kelab.Dirasakan kurang sesuai.oleh yang demikian tanggal 25 Mei 2009 secara rasminya nama Kelab ditukar kepada KELAB KAKITANGAN BESTARI yang masih lagi mengekalkan perkataan KKB.apa yang lebih membanggakan nama Kelab ini diberi sendiri oleh Pengarah Koleh MARA Kulim iaitu Tuan Haji Ruslan Bin Abdul Shukor.